Saturday, 9 November 2013

Lawatan ke Hatyai, Thailand


Lawatan ke  Hatyai, Thailand


Perjalanan kami ke Hatnyai melalui pintu masuk Padang Besar. Kami menaiki kenderaan sendiri. Selepas selesai membuat  pendaftaran  permit masuk kenderaan, kami terus memandu  ke Padang Besar dan menuju ke Hadnyai. Perjalanan dari Padang Pesar ke Hatyai  mengambil masa kira-kira 11.2 jam.  Jaraknya lebih kurang  100 km.


Kami memulakan perjalanan  pada pukul 9.30 pagi.  Kira-kira pukul 11.00 kami telah sampai ke tempat yang dituju. Bandar Hatyai sebuah bandar yang  agak besar di mana  menjadi tumpuan  para penduduk disekitarnya.Pusat membeli belahyang terkenal terletak di tengah-tangah bandar ini.








Ini merupakan kendaraan awam yang digunakan  oleh penduduk di bandar ini. Mudah dan mesra pengguna. Boleh ke mana-mana destinasi untuk sekitar bandaraya ini.





BangunanGardens Plaza Hotel  ini  merupakan sebuagh pusat membeli belah dan juga penginapan bagi para pelancung. Plaza ini pada satu ketika  pernah dibom. Walau bagaimana pun semasa kami ke pusat ini, keselamatan terkawal. Sesiapa sahaja yang akan masuk ke bangunan ini akan melalui tapisan keselamatan yang amat ketat.







Jalan di atas adalah sebuah jalan  yang menuju ke Hatyai kira-kira 40 km dari Padang Besar, Thailand. Jalannya tidaklah sesibuk saperti di Malaysia.














Gambar di atas pula merupakan sebuah Universiti yang dikenali sebagai Songkla University. Ini merupakan satu-satunya pusat pengajian tinggi yang tersapat di Hatyai.













Gambar di aats pula merupakan  talian elektrik yang nampak berselirat. Talian ini memberikan impak yang tinggi kepada  bekalan kuasa letrik bagi  Hatnyai.




Di Hatnyai tidak banyak masjid yang djumpai. Kami  menunaikan solat di masjid  Darul Huda. Masjid ini terletak di pinggi bandaraya Hatnyai kira-kira 20 km ke bandar Hatnyai.





Di masjid ini lah tempat kami  berehat sebentar . Ramai pelancong dari Malaysia akan berhenti  di masjid ini menunaikan solat sebelum meneruskan ke distinasi yang dituju.





Restoran makanan  halan agak sukar ditemui di bandarraya ini. Walaubagaimana pun kami sempat berkunjung ke Restoran Kai Ton Dayoha  Sea Food Hatyai. Inmi lah satu-satunya restoran yang terletak dipinggir Hatnya. Pemilik restoran ini adalah orang Pattani yang telah menetap di  Hatnyai. Pemlik restoran ini boleh berhasa Melayu. Ini memudahkan  komunikasi bagi kami dari Malaysia. Bahasa  utama di sini adalah Bahasa Thai.




Pemandangan di Sea Food Restoran. Restoran ini dibuka kepada pelanggan mulai pukul 5.00 petang.















Kami sedang menunggu makanan yang dipesan. Masakan ala Thai tentulah  berbeza dengan masakan di Malaysia.





Frasarana yang terdapat di Restoren  Hatyai.



Tomyam makasakan Patani yang sungguh enak rasanya. Kalau anda hendak mencuba, singgahlah  ke restoran ini apabila berkunjung ke Hatyai.





Ikan ini juga sedap rasanya. Masakan Thai....







Memang enak rasanya.. cuba sekali nak lagi.....


Papan tanda di bawah menunjukkan  mercu tanda  sea fooh  masakan halal di Hatyai. Ini lah satu-satunya restoran halal yang kami kenal pasti. Jangan lupa, sesiapa yang berkunjung ke Hatyai, jangan lupa singgah di restoran ini.



Bertapa gahnya papan tanda  ini.




Inilah kenderaan yang kami gunakan  untuk sampai ke Hatyai. Tidak ada masalah.













Sebuah hotal tang terdapat di bandaraya Hatyai.

Kami membeli belah di Garden Plasa dan kawasan sekitarnya.  Sewa di hotal bandarraya  Hatyai tidaklah berapa mahal. Kadar yang ditawarkan agak berpatutan. Lebih murah  daripada di Malaysia jika dibandingkan  mengikut kategori yang sama.


Jom....jalan-jalan ke Hatyai....Apa tunggu lagi..............




No comments:

Post a Comment